Fungsi 

Laman Utama > Info Korporat > Fungsi
    • Menjalankan fungsi ‘pemudahcara’ dan ‘semak dan imbang’ perkara berkaitan FELDA bagi menjaga segala kepentingan Kerajaan dan warga FELDA;
    • Menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM), kertas permohonan dan maklum balas MJM berkaitan FELDA dan syarikat-syarikat;
    • Mengurusetia Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Projek FELDA (JPPPF) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri;
    • Menyelaras Sesi Libat Urus (SLU) bersama Pengurusan FELDA dan pihak terlibat bagi melihat semula isu pelaksanaan projek, tanam semula, penghapusan hutang, PGBF, pemilikan, pewarisan dan lain-lain serta mendapatkan penyelesaian di peringkat persekutuan dan negeri;
    • Menilai dan memproses permohonan serta menyelaras status penamatan rizab di bawah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 [Akta 530] bagi sebahagian/ keseluruhan kawasan tanah rancangan FELDA serta mengadakan SLU bersama Pentadbir Tanah yang terlibat;
    • Menambahbaik sistem pangkalan data (repository) warga FELDA;
    • Mengadakan kerjasama erat bersama Bahagian Pertanian Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) bagi memastikan dasar Kerajaan seperti Kertas Putih FELDA dan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) melibatkan pemerkasaan tadbir urus FELDA (Pelan Pemulihan FELDA) dapat mencapai outcome sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan; dan
    • Memberi penerangan dasar Kerajaan dan inisiatif FELDA sepertimana terkandung dalam fungsinya kepada warga FELDA yang melibatkan 112,638 orang peneroka serta dianggarkan 2 juta orang generasi baharu di 317 buah tanah rancangan seluruh Malaysia.
Skip to content